Wednesday, August 22, 2012

Sambut Aidilfitri Mengikut Sunnah

DI ANTARA sunah Nabi s.a.w yang besar ketika menyambut kedatangan 1 Syawal ialah menunaikan solat dua rakaat.

Rasulullah s.a.w sempat berpuasa sembilan kali selepas difardukan pada tahun 2 Hijrah, malah tidak pernah meninggalkannya walaupun sekali bagi mendirikan solat hari raya.

Solat hari raya antara syiar Islam terbesar dan terpenting sehinggakan Nabi s.a.w mengarahkan semua wanita dalam haid dan kanak-kanak yang tiada kewajipan pada mereka turut keluar beramai-ramai bagi menyaksikan hari kebesaran serta kemenangan Islam ini.

Dalam perbahasan kalangan ulama Ahli Sunah Wal Jamaah majoriti daripada mereka dan termasuk perkataan Imam Ibnu Taimiyah adalah kewajipan setiap mukalaf yang tidak ada keuzuran untuk menunaikan solat hari raya ini.

Perkara ini dikuatkan lagi dengan sabda Nabi s.a.w daripada Ummi Atiyah yang bermaksud: Ummi Atiyah berkata, “Rasulullah memerintahkan kami mengeluarkan wanita merdeka, wanita yang berhaid dan anak gadis pada Aidilfitri serta Aidiladha keluar ke musala (tanah lapang). Mereka menyaksikan kebaikan dan dakwah Muslimin. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, seorang daripada kami tidak mempunyai tudung. Maka Nabi s.a.w berkata: “Suruh saudaranya meminjamkan tudungnya!”. (HR Bukhari dan Muslim) Hal ini juga diterangkan al-Allamah Siddiq Hasan Khan katanya: “Ketahuilah Nabi s.a.w sentiasa memelihara solat dua hari raya ini, baginda tidak pernah meninggalkan pada suatu hari antara hari raya itu dan menyuruh orang ramai keluar ke musala untuk solat, sehingga beliau memerintahkan supaya orang perempuan yang merdeka, yang keuzuran dan dalam keadaan haid keluar beramai-ramai.

Baginda menyuruh perempuan yang haid agar tidak solat apabila semua mereka akan menyaksikan kebaikan dan bersama-sama menjalankan seruan untuk orang Islam, sehingga baginda menyuruhkan wanita yang tiada tudung diberi pinjam tudung kepadanya.

Semua ini menunjukkan solat itu suatu kewajipan muakkad ke atas setiap orang, bukan fardu kifayah sedangkan perintah keluar itu menentukan kewajipan solat bagi sesiapa yang tiada keuzuran.” Maka dapat disimpulkan di sini yang rajih hukum solat hari raya ini adalah wajib bukan sunat yang boleh ditinggalkan begitu sahaja tanpa uzur yang syarie. Mudah-mudah Allah memelihara kita agar dapat menguatkan diri kita untuk hadir mendirikan solat hari raya ini.

Antara lain, sunah yang besar apabila kita meraikan hari raya selain mendirikan solat hari raya ini, Nabi s.a.w memerintahkan kita agar bergembira pada hari ini, digalakkan untuk bersuka-ria dan berhibur selagi tidak melanggar batas syarak’.

Ini adalah nikmat Allah kepada kita apabila disyariatkan bergembira pada hari ini dan mendapatkan pahala di sisi Allah.

Jadi, perkara yang boleh mendatangkan kesedihan dan tangisan sewajarnya kita hindari kerana dikhuatiri akan menghilangkan perasaan gembira, mungkin juga menghapuskan pahala gembira yang Allah tetapkan kepada kita.

Besarnya syariat bergembira ini sehinggakan perkara yang ‘lagha’ (sia-sia) seperti nyanyian yang diharamkan di sisi agama diberikan kelonggaran oleh Nabi s.a.w kepada umatnya apabila berada dalam 1 Syawal, seperti kisah yang diceritakan Aisyah r.a beliau berkata : “Rasulullah s.a.w masuk menemuiku, yang di sisiku ada dua anak perempuan kecil yang sedang bernyanyi dengan nyanyian bu’ats (lagu peperangan). Kemudian baginda berbaring di tempat tidur dan memalingkan wajahnya. Masuklah Abu Bakar, lalu dia mengherdikku dan berkata : “Apakah ada seruling syaitan di sisi Nabi s.a.w? Rasulullah kemudian menghadap kepada Abu Bakar seraya bersabda : “Biarkan kedua-dua anak perempuan itu, setiap kaum mempunyai hari raya dan hari ini hari raya kita”. (HR Muslim dan syarah Fathul Bari jilid ke-2) Apa yang dapat difahami daripada hadis ini ialah melahirkan kegembiraan bersama keluarga pada hari raya ini adalah syiar agama Islam.

Walaupun nyanyian ini ada kelonggaran, tetapi ia disertai syarat yang perlu dipatuhi seperti ia dinyanyikan anak perempuan yang belum baligh, hamba dan wanita untuk suami mereka.

Nabi s.a.w juga mandi sebelum keluar ke musalla serta baginda menjamah dahulu beberapa biji kurma dalam jumlah yang yang ganjil.

Nabi s.a.w pada hari raya akan mengenakan pakaian yang indah dan cantik tanda meraikan hari raya yang menjadi hari kebesaran Islam.

Apabila selesai mengenakan pakaian yang cantik, Nabi s.a.w keluar dari rumah menuju musala untuk mendirikan solat hari raya dengan berjalan tanpa menaiki kenderaan.

Nabi s.a.w juga tidak lupa memakai minyak wangi ke musala dan baginda menggalakkan Muslimin memakai wangian, tetapi tidak kepada Muslimah.

Kata Ibnul Musayyib: “Sunah Aidilfitri itu tiga: Berjalan menuju ke musala, makan sebelum keluar dan mandi”. (Lihat Irwa’ al-Ghalil HR Firyabi sdengan sanad yang sahih).

Dalam perjalanan ke musala, baginda bertakbir berulang-ulang dengan membesarkan Allah. Takbir yang diajarkan Nabi s.a.w untuk membesarkan Allah berbunyi: “Allahuakbar, Allahuakbar, la ilahaillallahu akbar, Allahu akbar walillahil hamd.” (HR Abi Syaibah dan Daruqutni dengan sanad yang sahih) Apabila Nabi s.aaw selesai menunaikan solat hari raya baginda akan pulang menggunakan jalan yang lain dan bertemu orang berlainan.

Bahkan di antara ucapan hari raya yang diamalkan oleh salaf adalah seperti yang dijelaskan Ibnu Qudamah yang membahaskan athar daripada Muhammad bin Ziyad berkata: “Aku pernah bersama Abu Umamah al-Bahili dan selainnya dari kalangan sahabat Nabi, Mereka apabila kembali daripada solat hari raya berkata kepada sebahagian yang lain dengan ucapan: “Taqabbalallahu minna wa minkum.” (Semoga Allah menerima amalan daripada kami dan kamu). (Lihat, al-Mughni jilid ke-2).

Maka, dijawab orang yang menerima ucapan ini dengan lafaz yang sama seperti di atas. Ucapan ini juga menjadi perbuatan sahabat dan juga seluruh golongan salaf. Adapun ucapan seperti “kulli am wa antum bi khair” (semoga setiap tahun kamu dalam keadaan baik) atau “minal faizin wal maqbulin (semoga tergolong orang yang berjaya dan diterima) adalah ucapan yang tidak ada pada sandaran sunnah Nabi s.a.w.

Cukuplah hanya sunah Nabi s.a.w yang menjadi sandaran dan amalan kita kerana sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi manakala yang tiada petunjuk itu adalah perkara baru yang diada-adakan dan setiap perkara baru itu adalah bidaah, dan setiap bidaah itu adalah sesat.

Semoga hari raya kali ini kita benar-benar berpegang dan mengamalkan sunah Nabi.
InsyaALLAH

Elak Tindakan Tidak Ikut Syariat Dalam Meraikan Aidilfitri

Menjadi kebiasaan masyarakat kita apabila tiba hari raya maka berbondong-bondong di pagi hari itu kaum muslimin menziarahi kubur di kalangan keluarga masing-masing. Dalam 360 hari setahun yang dipilih untuk menziarahi kubur semestinya 1 Syawal.

Apakah perbuatan ini satu sunnah daripada Nabi SAW? Apakah pernah Nabi melakukan ziarah kubur pada 1 Syawal seperti amalan masyarakat kita? Adalah menjadi sunnah dan amalan Nabi menziarahi kubur tetapi menziarahi kubur pada 1 Syawal tidak pernah satu pun riwayat yang menunjukkan Nabi melakukannya.

Mungkin ada yang bertanya apakah jika Nabi tidak menziarahi kubur pada 1 Syawal apakah kita juga tidak boleh melakukannya? Islam adalah agama yang disyariatkan sesuai pada setiap orang, zaman dan kena pada tempatnya. Islam mengajar kita mengurus perasaan dan emosi sesuai pada tempatnya. Ada masanya kita perlu bersedih, ada masanya juga kita perlu bergembira.

Ada masanya jua kita perlu membenci kerana Allah dan ada kalanya juga kita mencintai kerana Allah, ada ketikanya kita perlu berasa takut dan ada kalanya juga kita perlu berani. Semua perkara dan cara telah diajarkan dan disampaikan Nabi kepada kita semua.

Dalam hal berhari raya apakah Nabi tidak pernah menunjukkan caranya berhari raya ini. Bukankah Nabi menyuruh kita bergembira pada hari raya ini. Hari raya adalah lambang kemenangan Islam, fitrahnya dalam meraikan kemenangan semestinya dengan gembira bukan bersedih-sedihan.

Andai kita menziarahi kubur pada hari raya apakah akan timbul perasaan gembira? Pasti yang timbul adalah perasaan sedih dan kepiluan dalam mengenang waris yang telah meninggal dunia. Apakah dengan timbulnya perasaan sedih ini dianggap menepati apa yang Nabi tunjukkan? Sedangkan Nabi menyuruh kita agar meraikan hari raya ini dengan kegembiraan, bahkan kegembiraan yang kita dapati pada hari raya ini pula mendapat pahala di sisi agama.

Bahkan menziarahi kubur pada hari perayaan ini lebih kepada perbuatan Kristian dalam menyambut hari Natal dan juga amalan masyarakat Hindu apabila tiba Deepavali. Dikhuatiri kita menyerupai amalan sesuatu agama. Maka berhati-hatilah kita dalam beragama.

Seperti kata Nabi yang bermaksud: “Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum mereka adalah dari kaum itu.” (sahih, HR Abu Daud) Bahkan di kuburan tersebut kita tidak menjaga adab-adab berada di tanah perkuburan dengan duduk-duduk di atas tanah kuburan tersebut bahkan Imam Syafie mengharamkan duduk di atas kuburan dengan berlandas hadis Nabi: “Jika salah seorang kamu duduk di atas bara api yang membakar sampai menembusi pakaianmu lalu membakar kulitnya, masih lebih baik baginya daripada ia duduk di atas kuburan.” (Hadis Riwayat Muslim) Ada juga sebahagian umat Islam yang membawa makanan di tanah perkuburan untuk dijamu bersama sanak-saudara seolah-olah ingin merayakan hari raya di situ. Hal ini juga terdapat larangan Nabi agar menghindari dijadikan kuburan tempat meraikan hari raya. Seperti kata Nabi: “Janganlah kalian jadikan kuburku sebagai tempat berhari raya.” (sahih, HR Ahmad dan Abu Daud) Imam Syafie di antara ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang kuat memfatwakan kemakruhan dan keharaman membawa makanan untuk dimakan di tanah perkuburan seperti yang boleh dibaca dalam kitab I’anah al-tholibin.

Antara dalil lain yang melarang hal ini adalah Hadis Jarir al-Bajali ia berkata: “Kami para sahabat memandang berkumpul-kumpul di tempat mayat dan menyiapkan makanan sesudah kematian termasuk meratapi si mati.” (Hadis Hasan Sahih, Ibnu Majah dalam Bab Siyam) Tidak cukup dengan itu, dapat dilihat di antara kebiasaan kaum muslimin yang berada di tanah perkuburan ini mereka membaca al-Quran dan beberapa surah dengan harapan mudah-mudahan bacaan tersebut dapat memberikan bekalan kepada si mati di kalangan ahli waris mereka yang telah meninggal dunia.

Sedangkan perbuatan ini telah menyanggah hadis Nabi yang memberi amaran kepada kita dengan sabdanya: “Janganlah kalian menjadikan rumah kalian seperti kuburan.” (Hadis Muttafaq ‘alaih) Hadis Nabi ini memberi maksud kepada kita melalui perbahasan para ulama bahawa al-Quran itu hendaklah dibaca di rumah-rumah kita kerana rumah yang tidak dibacakan al-Quran seperti kubur, di mana kefahaman sebaliknya dapat kita fahami dari hadis ini, kubur bukanlah tempat kita membaca al-Quran di dalamnya. Lebih malang lagi sekiranya kita menyangka perbuatan membaca al-Quran dan dihadiahkan pahalanya kepada si mati sebagai sesuatu yang menepati syariat. Imam Syafie dalam membantah amalan ini beliau menegaskan dengan berkata: “Sesungguhnya pahala bacaan al-Quran dan hadiah pahala tidak sampai kepada si mati kerana bukan dari amal mereka dan bukan usaha mereka.

Rasulullah tidak pernah menghukum sunnah umatnya dan tidak pernah mendesak mereka melakukan perkara tersebut dan tidak pula menunjukkan kepadanya walau melalui satu nas atau seruan.” (lihat Tafsir Ibnu Kathir Jilid ke-4) Upacara bermaafan Tidak cukup dengan itu kita melakukan upacara bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.

Bukanlah hal ini tidak baik tetapi ia dilakukan tidak kena pada masanya. Kerana majlis ini tidak lain akan mendatangkan juga kesedihan dan air mata. Adalah sesuatu yang akan menimbulkan kesedihan dan kepiluan dengan majlis bermaaf-maafan ini dan apabila kesedihan yang melanda maka secara automatiknya kegembiraan hari raya yang disyariatkan bergembira ini akan hilang.

Bahkan kita dianjurkan sentiasa memohon maaf andai telah melakukan kesilapan dan kesalahan, bukan hanya pada 1 Syawal sahaja. Sewajarnya kita memanfaatkan Ramadan dengan memohon keampunan kepada Allah dan kepada manusia yang telah kita lakukan kesilapan pada mereka bukannya dipilih pada 1 Syawal tersebut.

Membazir dan berlebih-lebihan Satu lagi perhatian yang perlu kita perbaiki ketika menyambut hari raya adalah hal berkaitan dengan persediaan yang melampau kadangkala membawa kepada pembaziran dan pemborosan. Hal ini dapat kita lihat dengan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menghiasi rumah dengan segala macam perhiasan yang baru seperti langsir yang ditukar saban tahun, membeli perabot baru di luar kemampuan dengan cara berhutang, membeli dan menempah berpasang-pasang baju dan pakaian serta menyediakan segala jenis makanan dan kuih-muih yang boleh membawa kepada berlebih-lebihan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah menghambur-hamburkan hartamu secara boros. Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya.” (surah al-Israk, ayat 26-27) Begitu juga dalam ayat yang lain Allah memberi peringatan yang bermaksud: “Makan dan minumlah, jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (surah al-A’raf, ayat 31)

Di samping itu juga dikhuatiri dalam kita berlebih-lebih dalam persiapan hari raya ini dapat juga menimbulkan maksiat kepada Allah seperti riak dengan menunjuk-nunjuk kemewahan yang kita miliki dan berbangga-bangga yang keterlaluan menyebabkan kita lalai dari mengingatkan kebesaran Allah di hari raya itu. Yang terbaik dalam menyediakan dan meraikan 1 Syawal kita adalah dengan bersederhana sesuai tuntutan Islam.

Karangan Asal Oleh Ahmad Tajuddin Idris Al-manhaji
Harian Metro

Sharing Is Caring :)

Thursday, April 19, 2012

Jawapan Kepada Artikel "Jangan Gunakan Salam"

***PEMBETULAN***

Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan.

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".

Penulisnya menulis:

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله

Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..

Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

by Mohd Fadli Yusof on Monday, 21 February 2011 at 11:55

Monday, June 27, 2011

Cara-Cara Nak Ditinggalkan Oleh Pasangan (>.<)





Membebel sangat-sangat bila tengok ada sesetengah kawan-kawan perempuan/lelaki yang terima pasangan masing2 semata2 kerana kesian dan tak sampai hati untuk mengecewakan hati kawan2 diorang tu ( boleh ke macam tu??)

So hari ney ben nak bagi tips sket la macam mana nak mintak ditinggalkan atau meninggalkan (bukan meninggal dunia) pasangan korang
(Niat baik ney :P)

1.Bercakap kasar

-> Mana ada bf/gf yang tanak couple diorang x respect diorang kan,so bila selalu sangat ditengking,diherdik dan macam2 di lagi la sedikit sebanyak pasangan korang akan mula tawar hati dan akan mula hilang minat terhadap korang.

2.Selalu Membeza-bezakan Dengan Lelaki/Perempuan Lain

-> Selalunya yang biasa kita dengar ialah seperti "Awak boleh x kalau keluar dengan saya pakai baju yang cantik2 n mahal2 sikit'' ataupun bagi kejam sket macam "kenapa bila aku keluar dengan kau selalu sangat busuk badan kau ney eyh?" yang mana boleh membuatkan hari dating korang jadi sangattttttttttttt x best :)

3.Jarang Melayan SMS/Call (Ignoring) bf/gf korang

-> Bila dah lama sangat2 x dilayan,confirm pasangan korang akan mula cari yang lain atau mula bosan dengan korang

4. Melakukan Apa Yang Dilarang

-> Kebanyakan couple arini mesti ada rules yang bf/gf diorang x bagi buat contohnya macam layan lelaki/perempuan lain,pakai sexy bagi perempuan (kalau laki sah2 orang ingat maknyah tapi boleh jugak :D ),sms/on call atau bergayut dengan orang lain n banyak lagi,so buat je apa yang dilarang confirm mendidihkan lagi couple korang

5.Memburuk-burukkan Pasangan di FB/Twitter/Umum

->Jarang-jarang kita lihat benda macam ini tapi boleh juga kalau nak digunakan untuk menambahkan lagi kepanasan couple korang

6.Mengaku Songsang

->Ini jalan akhir kalau couple korang tanak jugak tinggalkan korang tapi jangan la mengaku kat post fb plak kan,nanti x pasal2 jadi trending twitter/google plak.Contoh ayat-ayat yang boleh digunakan adalah seperti "Sorry,saya tak minat lelaki/perempuan" atau apa2 je yang korang rasa selesa

P/S: Yang kawen x berani nak bagi cadangan =_=

Saturday, June 25, 2011

Tips Optimum kan PC anda dengan percuma dan selamat!!

Kenal PC anda

Biasanya BB Selalu sgt tengok laptop yang dipakai atau dimiliki oleh PEREMPUAN mudah sangat rosak dan kalau x rosak pun lembab gila!! (+0+) Biasa BB dengar perempuan cakap "Alah aku mana taw sangat benda2 ney" and x pun kita biasa dengar yang ney ---> "eyh aku taw pakai je".... Tapi jangan cakap kaum Adam pandai sangat jaga pc tapi x ramai la ( bela sket kaum sendiri hehe ) :P

Bila nak cakap pasal kenal PC sendiri sebenarnya ramai yang x kenal PC diorang walaupun masing2 dah pakai laptop/pc tu nak dekat bertahun2. Macam mana nak kenal pc korang? senang je caranya (Bukan macam kenal bf/gf korang taw!!)

1.Tahu jenis OS(operating system) yang korang pakai..
2.Saiz RAM (random access memory) dan tahap kemampuannya
3.Window yang korang pakai ( paling best window 7 Ultimate)
4.Saiz hard drive

*Ini cara BB,cara korang macam mana?

'Remove Software Yang Jarang Dan Tidak Digunakan

Salah satu punca pc tak dapat performed dengan optimum adalah disebabkan terlalu banyak 'application' dalam satu masa dan amatlah digalakkan supaya 'uninstall' je 'application yang tidak digunakan (macam mana nk uninstall rasanya semua dah taw kan =_= ).. Antara software yang famous dan selalu digunakan ramai adalah seperti

1.Rocketdock
2.Fences
3.Ares
4.Tweet Deck

yang mana agak melambatkan pc korang untuk operating laju dan lebih baik tapi kalau korang nak pakai jugak boleh tapi set kan dulu di 'system configuration dengan 'off'kan application yang tertentu supaya window 'startup' menjadi lebih laju.. ney contoh2 yang Ben buat kat lappy ben sendiri.. chekidaut!!

1.Memula click startup
2.taip 'system configuration' and korang akan jumpa ney

*Abaikan wallpaper di belakang :)

3.click system configuration tadi dan akan keluar confirmation dan click yes
4.Dan bila 'appear' je terus click kat sini dulu dan click kat selective start up n click 'load startup items'


5.Then click pada startup pula dan pilih application yang mana x penting seperti skype,yahoo messenger dan lain2 kerana sumer tu lambatkan process startup pc korang..




*Jangan kacau application yang penting seperti antivirus

6.Selepas itu restart pc korang dan korang akan dapati system startup laju sket :)

TAK LAJU LAGI!!??

Ok kalau nak laju lagi ben cadangkan download software-software seperti berikut untuk lebih laju

Uniblue Software Set

1.Registry Booster (Serial code:RB-0HR4N7-NWYFRE-WGVT8T-P2GVR7-T50U22)

2.Speed up My PC - SP-PQTWP-FKF6H-JCBH9-7UQB7-DWK43-GJEUF

3.driver scanner - DS-G06F4-3F0C0-72B34-03C90-20201-000G0

4.Power Suite- I-PS-FAQ2S-KCVE7-3JWEA-YNUK5-X57S9-D25YZ
II-PS-ZMYAQ-N6SNK-J9BD6-53HZF-LV833-UW27K

*Link for download- http://www.uniblue.com/
*only for 2011 version
*powersuite key work driver scanner n speed up my pc :)

Satu lagi software ben cadangkan adalah (>.<) Advanced System Care

Link for download-http://www.iobit.com/advancedsystemcarepro.html
serial key-DFF7A-8204E-69ADE-0D5AA - 365Days

***(Attention..make sure you disconnect the internet before inserting the key)

*P/S:Membebel je tengok laptop lembab

Friday, April 1, 2011

Wah Ada Blog !!



Assalamualaikum :)


BLOG.. Empat Perkataan ney memang selalu je main2 dalam kepala ney and selalu je fikir "bila la aq nak buat blog kan?".

Ceyh dah macam mengidam pun ada kan ^^ , tujuan buat blog ney pun just nak share kan apa yg alex rasa nak kongsi ngan sumer orang.

Dari dulu sejak zaman friendster,mypace and blablabla lagi alex suka share n amek taw pasal orang lain (bukan menyibuk) atau ape2 news or knowledge dari mana2 pn tp last2 simpan sorang2 je pn coz alex bukan jenis banyak cakap or suka bercakap tapi kalau dalam sms,chatting n laen2 mesty laju jee (korang pn same) ^^

Nak membebel panjang pn dah tade isi so sikit2 dulu la eyh coz 1st posting je kan
okey2 thnxs ^^

p/s: Saya x buat blog sebab nk jual minyak (^.^)

Thnx Sudi Bace >.<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...