Monday, June 27, 2011

Cara-Cara Nak Ditinggalkan Oleh Pasangan (>.<)





Membebel sangat-sangat bila tengok ada sesetengah kawan-kawan perempuan/lelaki yang terima pasangan masing2 semata2 kerana kesian dan tak sampai hati untuk mengecewakan hati kawan2 diorang tu ( boleh ke macam tu??)

So hari ney ben nak bagi tips sket la macam mana nak mintak ditinggalkan atau meninggalkan (bukan meninggal dunia) pasangan korang
(Niat baik ney :P)

1.Bercakap kasar

-> Mana ada bf/gf yang tanak couple diorang x respect diorang kan,so bila selalu sangat ditengking,diherdik dan macam2 di lagi la sedikit sebanyak pasangan korang akan mula tawar hati dan akan mula hilang minat terhadap korang.

2.Selalu Membeza-bezakan Dengan Lelaki/Perempuan Lain

-> Selalunya yang biasa kita dengar ialah seperti "Awak boleh x kalau keluar dengan saya pakai baju yang cantik2 n mahal2 sikit'' ataupun bagi kejam sket macam "kenapa bila aku keluar dengan kau selalu sangat busuk badan kau ney eyh?" yang mana boleh membuatkan hari dating korang jadi sangattttttttttttt x best :)

3.Jarang Melayan SMS/Call (Ignoring) bf/gf korang

-> Bila dah lama sangat2 x dilayan,confirm pasangan korang akan mula cari yang lain atau mula bosan dengan korang

4. Melakukan Apa Yang Dilarang

-> Kebanyakan couple arini mesti ada rules yang bf/gf diorang x bagi buat contohnya macam layan lelaki/perempuan lain,pakai sexy bagi perempuan (kalau laki sah2 orang ingat maknyah tapi boleh jugak :D ),sms/on call atau bergayut dengan orang lain n banyak lagi,so buat je apa yang dilarang confirm mendidihkan lagi couple korang

5.Memburuk-burukkan Pasangan di FB/Twitter/Umum

->Jarang-jarang kita lihat benda macam ini tapi boleh juga kalau nak digunakan untuk menambahkan lagi kepanasan couple korang

6.Mengaku Songsang

->Ini jalan akhir kalau couple korang tanak jugak tinggalkan korang tapi jangan la mengaku kat post fb plak kan,nanti x pasal2 jadi trending twitter/google plak.Contoh ayat-ayat yang boleh digunakan adalah seperti "Sorry,saya tak minat lelaki/perempuan" atau apa2 je yang korang rasa selesa

P/S: Yang kawen x berani nak bagi cadangan =_=

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...